Alkisah bermulalah kisah apabila saya sudah berumur 6 tahun saya sudah dihantar ke tadika yang diberi nama Tadika Kemas Bukit Payung. Saya berasa amat bertuah kerana berjaya masuk tadika walaupun banyak halangan iaitu sikap malas saya untuk bangun pagi pergi ke tadika. Semasa saya berumur 7 tahun hingga 12 tahun saya meneruskan belajar di Sekolah Kebangsaan Bukit Payung dan berjaya melanjutkan pelajaran ke alam sekolah menengah iaitu di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Payung sehingga berjaya menduduki peperiksaan SPM. Selama 1 tahun saya menunuggu panggilan daripada Universiti untuk melanjutkan pelajaran ke tahap yang lebih tinggi lagi sehinggalah saya dapat tawaran belajar ke UiTM Sri Iskandar dengan mengambil kos Pengurusan dan Teknologi Pejabat dan kini saya berada disini berjuang demi saya sendiri dan keluarga saya yang tercinta. Akan saya buktikan yang saya boleh lakukan yang terbaik dan mampu membawa pulang kejayaan kelak.
 |
| gambar ne masa form 5..**comey kan..** |
*maaf gambar masa sekolah rendah xdk la..:)
 |
at UiTM..:)
|
*nnty kta upload gambar masa kita ambik dgree k...
*doa-doakan k bgi kita dpt sambung degree....
No comments:
Post a Comment