Pekara yang paling penting di dalam hidup saya ialah cita-cita saya. Saya bercita-cita untuk menjadi seorang pensyarah yang cemerlang dan boleh mengajar anak-anak bangsa kita pada masa depan kelak.Saya berharap agar dapat mencapai peluang keemasan ini jika saya dapat mencapai cita-cita saya ini dengan menjadi seorang pensyarah.Saya berharap dapat berjuang demi diri saya dan keluarga saya bagi dapat apa yang saya impikan. Di samping itu juga saya juga mempunyai cita-cita sampingan iaitu ingin menceburi didalam bidang perniagaan dan kebetulan sekarang saya sedang menjalankan satu perniagaan iaitu menjual selendang walaupun saya ini hanyalah penjual bukan lah tauke tapi saya tidak berasa malu dan lemah kerana daripada situlah saya dapat belajar tentang perniagaan ini...saya juga tidak dapat lupa akan pengalaman saya semasa saya dibangku sekolah menengah kerana saya dan rakan seperjuanganku iaitu anim dan shera berjaya mendaki gunung yang boleh dikata tinggi dan terkenal iaitu Gunung Jerai..saya tidak dapt melupakan kenangan ini..ia amat bermakna dan merupakan pengalaman yang luar biasa..Cik Mud..
Saturday, 2 April 2011
TemPat Kita Study..~~
Alkisah bermulalah kisah apabila saya sudah berumur 6 tahun saya sudah dihantar ke tadika yang diberi nama Tadika Kemas Bukit Payung. Saya berasa amat bertuah kerana berjaya masuk tadika walaupun banyak halangan iaitu sikap malas saya untuk bangun pagi pergi ke tadika. Semasa saya berumur 7 tahun hingga 12 tahun saya meneruskan belajar di Sekolah Kebangsaan Bukit Payung dan berjaya melanjutkan pelajaran ke alam sekolah menengah iaitu di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Payung sehingga berjaya menduduki peperiksaan SPM. Selama 1 tahun saya menunuggu panggilan daripada Universiti untuk melanjutkan pelajaran ke tahap yang lebih tinggi lagi sehinggalah saya dapat tawaran belajar ke UiTM Sri Iskandar dengan mengambil kos Pengurusan dan Teknologi Pejabat dan kini saya berada disini berjuang demi saya sendiri dan keluarga saya yang tercinta. Akan saya buktikan yang saya boleh lakukan yang terbaik dan mampu membawa pulang kejayaan kelak.
| gambar ne masa form 5..**comey kan..** |
![]() |
| at UiTM..:) |
the best Family..~~~
- Said Bin Md Isa iaitu ayah saya yang sangat kacak dan berani dan gagah lagi sebab itu lah kami berpakat untuk melatik menjadi ketua kami sekeluarga.
*maaf gambar ayah xdk la..sbb ayah kita xsuka bergambar..heee
Dan penolong yang disayanginya ialah:
- Ferdaus Bt Yaacob iaitu mak saya yang saya sangat sayang sekali didunia ini.Rupanya sangat cantik tiada siapa yang boleh mengalahkannya.Sayang mak.
| mak kta yg paling hot..) |
Manakala bagi anak-anak mereka yang comel dan kacak-kacak belaka terdiri daripada:
![]() |
| Anis..anak ke 2 akak..:) |
| Suami dan anak 1..Aina...:) |
- Siti Mariyam Said yang kini berada di Kuala Lumpur kerana tinggal bersama suaminya Mohd Azri dan bersama 2 orang puterinya Nur Aina dan Nur Anis.
| kak ct..:) |
- Nur Hazimah Said iaitu kini sedang menjalankan tugas sebagai warden penjara di Penjara Kajang dan sekarang sudah menjadi tunang kepada Mohd Azri dan akan berkhawin tahun hadapan.
| kak imah dan tunangnye..:) |
- Siti Salbiah Said iaitu yang kini sedang bergiat aktif bekerja untuk mencari rezeki bekerja sebagai jurujual di kedai Farmasi.
| bertudung pink pekat tu la kak biah..:) yg lain tu penybok besar...heee~~ |
- Siti Salwa Said iaitu yang kini sedang berjuang untuk menamatkan pergajian di UiTM Shah Alam dan bakal membawa pulang segulung ijazah di dalam kos Akaun.
- Siti Asuha Bt Said merupakan kakakku yang kini sedang melanjutkan pelajaran di Politeknik Perlis dan merupakan seorang kakak yang baik.
- NurMudrikah Said iaitu saya sendiri yang sedang belajar di UiTm Sri Iskandar ini yang sangat comel lagi bergaya...
- Muhammad Faiz Said merupakan anak tunggal lelaki di dalam keluarga ini..dialah abang kami walaupun dia merupakan adik kami.Dan sekarang sedang menunggu panggilan untuk melanjutkan pergajian ke Universiti. dan berjaya di dalam SPM dengan mendapat 8A 2B..
- Muhammad Farizuan Said merupakan adik lelaki ke-2 yang kini sedang belajar di tingkatan 4 dan bakal menduduki peperiksaan SPM.
- Umi Shuhaima Said ialah adik perempuan ku yang pertama yang kini sedang belajar di tingkatan 2.
- Umi Shuhaili Said merupakan adik perempuan ku yang kedua yang kini sedang belajar tahun 5 dan mempunyai bakat dalam biidang nyanyian.
- Umi Tasnim Amani Said merupakan adiku yang sangat comel dan suka makan banyak..sayang lebih la...
- Muhammad Ismail Said merupakan adik lelaki ku yang terakhir yang sangat comey sangat dan bijak.
Saya~~
Tanggal 19 September 1991 lahirlah seorang makhluk Allah yang dikurniakan cukup sempurna yang baru lahir dan diberi nama "NurMudrikah Binti Said". Saya dilahirkan di kedah iaitu di Hospital Besar Alor Setar.Saya berasa amat bangga dan sungguh bertuah kerana dapat dilahirkan dengan selamat dan kini saya dapat berpijak di bumi yang nyata kini dengan penuh keindahan atas ciptaan Allah.Sekarang saya sudah berumur 20 tahun dan sedang belajar di UiTM Sri Iskandar dan bakal memegang segulung diploma di dalam kos Pengurusan dan Teknologi Pejabat.Saya sangat bersyukur kepada Allah kerana saya dikurniakan sebuah keluarga yang sangat bahagia dan besar kerana saya mempunyai 12 adik-beradik dan saya adalah anak ke-6 daripada 12 adik beradik. Saya berasa amat bertuah sekali dengan diri saya sendiri ini tanpa mereka siapalah saya...Cik Mud..
Subscribe to:
Posts (Atom)

